KHASIAT
SUSU IBU
Susu ibu
mempunyai kandungan lemak, gula, air dan protin yang sempurna untuk tumbesaran
bayi. Banyak kandungan yang ada di dalam susu ibu tidak ada di dalam susu
lembu.
Bayi
lebih senang menghadam susu ibu dari susu formula. Ia mengandungi kurang protin
dan protin yang ada juga lebih nutrisi dari susu formula. Susu ibu mengandungi
antibodi yang menolong melindungi bayi daripada bakteria dan virus. Antibodi
ini juga menolong mereka menentang jangkitan kuman dan penyakit. Bayi yang
menyusu susu ibu didapati lebih kurang mendapat jangkitan paru-paru, jangkitan
kuman pada pundi kencing, telinga dan juga septicimia.
Tidak
ada bayi yang alah kepada susu ibu. Susu ibu sentiasa steril, tidak pernah
tercemar atau rosak. Menyusu badan menjimatkan wang. Tidak perlu membeli,
menyukat dan membancuh di tengah malam buta.
Menyusu
menyebabkan anda lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan akan membuatkan bayi
merasa nyaman, selamat dan selesa. Menyusu boleh memyebabkan badan anda
membakar kalori dengan lebih cepat. Anda senang kembali ke bentuk badan asal.
Ia juga menolong rahim mengecil dengan lebih cepat dan mengurangkan pendarahan.
Menyusu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
Bayi
yang menyusu badan lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit birit. Bayi
kurang risiko untuk menjadi terlalu gemuk.
Menyusu akan menyenangkan ibu. Ia tidak memerlukan rancangan, packing
atau alatan menyusu formula.
No comments:
Post a Comment