KHASIAT
SUSU IBU
Susu ibu
mempunyai kandungan lemak, gula, air dan protin yang sempurna untuk tumbesaran
bayi. Banyak kandungan yang ada di dalam susu ibu tidak ada di dalam susu
lembu.

Tidak
ada bayi yang alah kepada susu ibu. Susu ibu sentiasa steril, tidak pernah
tercemar atau rosak. Menyusu badan menjimatkan wang. Tidak perlu membeli,
menyukat dan membancuh di tengah malam buta.
Menyusu
menyebabkan anda lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan akan membuatkan bayi
merasa nyaman, selamat dan selesa. Menyusu boleh memyebabkan badan anda
membakar kalori dengan lebih cepat. Anda senang kembali ke bentuk badan asal.
Ia juga menolong rahim mengecil dengan lebih cepat dan mengurangkan pendarahan.
Menyusu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.

Bayi
yang menyusu badan lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit birit. Bayi
kurang risiko untuk menjadi terlalu gemuk.
Menyusu akan menyenangkan ibu. Ia tidak memerlukan rancangan, packing
atau alatan menyusu formula.
No comments:
Post a Comment